Monday, August 23, 2010

::Ikhtiar Penyembuhan Barah::

Assalamualaikum w.b.t

Setelah kian lama saya tidak memperbaharui post dalam blog nie... terasa bersemangat semula untuk menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada sahabat2 dan semua umat islam. di harapkan ianya memberi manfaat hasil daripada ilmu saya yang dhaif ini.

Tahun 2010, byk perkara yang terjadi di sekeliling saya di mana ada dikalangan mereka menghidap penyakit berbahaya ini. Ada juga yang telah dipanggil oleh Allah kerana sakit ini. Saya terkejut bercampur sebak kerana orang yang saya kenal dan pernah mendidik saya suatu ketika dulu, telah pergi dipanggil oleh Allah kerana sakit ini.

Terasa sedih kerana dia masih muda dan masih mempunyai anak yang memerlukan kasih sayang seorg ibu dan seorang suami yg memerlukan belaian seorang isteri. Tapi suami nya (ust sy) tetap tabah dgn ujian yang dilalui. Tahniah, jika perkara ini berlaku kepada saya, saya takut saya tidak dpt menampungnya.

Habislah sudah mukaddimah saya, kita teruskan kepada tajuk iaitu Ikhtiar Penyembuhan Barah.

Barah-
  • ia merupakan sejenis penyakit yang merbahaya dan merupakan pembunuh yang sgt berjaya di Malaysia
  • Sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, terdedah kepada kimia, akibat serangan Hepatitis B, dan pengambilan ubat2 yang tertentu.
  • Ia berlaku apabila sel-sel yang tumbuh itu terus membentuk dan menjadi kumpulan sel yang kelihatan bengkak.
  • apabila sel-sel ini bengkak dibahagian2 tertentu, maka ia boleh menyekat salur darah dan boleh menyebabkan kerosakan dibahagian lain.
  • penyakit ini apabila dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan ke bahagian lain seperti pundi kencing, buah pinggang dan seumpamanya.
Jenis & Punca-
  • Barah Pangkal Rahim - melakukan hubungan jenis rambang dengan ramai pasangan berkemungkinan akan menyebabkan penyakit ini. ia berlaku kerana jangkitan kuman kepada pangkal rahim.
  • Tanda2 - berlaku pendarahan yang tidak tentu, keluar keputihan yang busuk dan berdarah, pendarahan selepas melakukan hubungan kelamin, ataupun berlaku pendarahan selepas putus haid (menopause).
  • Barah paru2 - kebanyakan punca ianya terjadi diakibatkan oleh pengamalan menghisap rokok.we all know that right? saya tidak perlu cakap panjang2.
  • Barah Nasofarink - berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dalam jangka masa panjang. Ikan masin atau lobak masin mengandungi jumlah garam yang banyak.
  • Tanda2 - Ketumbuhan berupa benjolan atau berlaku pembesaran kelenjar leher. Hidung tersumbat, atau seperti masalah selesema namun lebih kerap dari biasa diiringi hingus pekat atau berwarna. (more info)
Kaedah Rawatan
  • Bahan rawatan yang saya nyatakan adalah secara herba dan ayat al-Quran. Sebaiknya kita usaha dengan menggunakan rawatan moden dan juga secara herba. Allah jugalah yang Maha Penyembuh segala penyakit.
  • Bahan2 rawatan yang perlu disediakan untuk merawat sakit ini ialah :
  1. air
  2. kapur (sama ada kapur siput(kerang) ataupun kapur sirih biasa),
  3. Rumput Sambau,
  4. Sebiji Mangkuk Putih

  • Bacaan doanya ialah:
  1. Al-Fatihah
  2. Surah Al-Ikhlas
  3. Ayat Pengecil
  4. surah Nun.
..... to be continued...